Tuesday, February 15, 2011

Nasi Goreng Pelara...

Hari ini aku terasa nak psot tentang menu masakan yang aku suke la...Aku xtaw kenapa..asyik g rempit blog kwn2 nengok deme syok dok taruk cter pasal makanan...Hamba pon xnak membuang segala ilmu2 masakan hamba dengan terasa ingin berkongsi pula...So menu istimewa hamba pada kali ini ialah Nasi Goreng Pelara...
Nasi Goreng Pelara ini special cz hamba yang reka sendiri dengan menggunakan ikan jeruk yang bonda buat....Cara membuatnya mudah sgt2...tapi dengan SYARAT kene adalah ikan pelara tu..kalu xde xmenjadilah nasi goreng pelara....

CARA2 MEMBUATNYA IALAH....

 Mula2 kite perlukan bahan2nya....so hamba pown dgn berbesar hati menaruk pic yg ambe snap sendiri ni.....

 Campuran bawang putih,lobak merah ngan lada besar...nak letak cili padi pon buleh...atas kesukaan masing2 la...yang penting anda makan ngan penuh selera...


 Sedikit Udang penambah rasa...terpulang pada individu,sama ada nak buang kulit/tidak....


 Haa....Yg ini yang penting...PELARA...ini dia ikan pelara yg telah dijeruk bersama asam gelugor dan garam....

 Tumiskan bawang putih,lobak merah,pelara and cili besar...kacau sampai wangi...

 Lepas tu..letakkan udang....dan kacau...
 Inilah rupenye udang yang telah digoreng tadi...

 Letakkan nasi..petua utk korang,jika ingin membuat nasi goreng,pastikan nasi itu keras..jgn lebut nanti jadi bubur nasi lak...so sehari sebelum masak,letakkan dalam peti sejuk..insyaallah...nasi goreng anda itu menjadi...

 Nak bertambah sedap makan dengan keladi masak tempoyak...Sedap..!!!! macam sup je rasenya...

Inilah rupenya nasi goreng yang dicipta oleh aku baru2 ni....


SELAMAT MENCUBE......



Tuesday, February 8, 2011

~ Entry Pertama~

Alhamdulillah...akhirnya blog kedua aku sudah berfungsi secara automatik pada hari ini...aku buat khusus untuk penulisan karya2ku dan juga sedikit coretan mengenai apa sahaja yang terlintas di hati aku,akan di tulis di ruangan ini....Sebenarnya sudah lama aku impikan kewujudan blog kedua ini..namun masa dan kesibukan agak membataskan aku...Namun hari ini aku tidak teragak2 untuk membuka cawangan kedua ini secara rasmi....
Kehadiran blog ini khusus untuk aku..Ya..untuk diriku...Tahun demi tahun dan masa terus berlalu...Masa yang berlalu itu membuatkan aku secara automatik sudah semakin tua..dan aku harapkan blog ini akan bersama aku sampai tua...Insyaallah....
Tidak Perlu membuat persiapan secara bermewah2...cukuplah sekadar biasa2 sahaja...haha...aku tidak akan sampai kemaruk melakukan kenduri nasi kunyit untuk membuka bolg ini...Cukuplah sekadar niat di hati untuk perkongsian sesama manusia....
Dan aku ingin memberi AMARAN kepada sesiapa yang tidak MEYUKAI blog ini...diharapkan janganlah cuba untuk mengeji dan mencaci...kerana aku bukanlah Siapa2 yang mempunyai kuasa untuk melayani semua impian mereka2 sendiri...kerana aku hanya mahu menjadi insan yang selayaknya untuk diriku sendiri....

dan AKHIR KATA...Aku akan memulakan posting aku mulai hari ini...dan sekarang.....



Tuesday, February 1, 2011

Permulaan Yang Baru...

Alhamdulillah...tahun ini dah tahun 2011...Dalam tahun islam..1432H..dan syukur kepada Allah..aku masih lagi di sini...Masih mampu menghirup udara baru di tahun 2011 ni..Dan aku masih bisa menulis..dan terus menulis...Insyallah laman ini aku cipta untuk tujuan penulisan karya-karyaku...Aku masih belum mampu untuk memberi sesuatu yang bermanfaat namun yang aku harapkan cukupla karyaku memberi manfaat kepada sesiapa shja yg membacanya....AMIN...